Monday, January 24, 2011

Perniagaan | Memulakan | buka | Perniagaan | Bidang pertanian




Perniagaan | Memulakan | buka | Perniagaan | Bidang pertanian



MEMULAKAN PERNIAGAAN BIDANG PERTANIAN

Pengenalan

Memiliki perniagaan sendiri sering menjadi idaman kebanyakan orang. Dengan menggunakan perniagaan sendiri, mereka dapat menggunakan kemahiran dan keupayaaan untuk memperoleh sumber pendapatan sampingan sama ada untuk diri sendiri atau keluarga, di samping mengharap agar perniagaan tersebut terus berkembang dan maju.

Sebelum memulakan atau buka sesebuah perniagaan, adalah penting bagi seseorang usahawan memilih jenis perniagaan yang sesuai dan mampu memberikan pulangan. Ramai usahawan menceburi bidang pertanian tanpa mengkaji dan menilai terlebih dahulu sama ada perniagaan tersebut sesuai dijalankan . Ini menyebabkan ramai yang menghadapi pelbagai masalah dalam pengurusan perniagaan.

Memulakan atau buka perniagaan atau tanaman perladangan tidak semudah yang disangka. Bagaimanapun, kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan sampingan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan

Bidang pertanian adalah Perniagaan merupakan satu usaha Jabatan Pertanian untuk menarik minat pelanggan bergiat di dalam bidang pertanian secara berskala kecil mahupun berskala besar. Pelanggan yang berminat dan ingin menceburi bidang perniagaan pertanian terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi membantu untuk melaksanakan bidang pertanian dengan lebih teratur adalah seperti berikut:

Langkah Pertama: Tanah
Tanah adalah salah satu faktor asas terpenting. Cara pemilikan tanah boleh di dapati seperti:
1. Tanah milikan sendiri
2. Sewa
3. Pajakan
4. Status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan seperti tol

Langkah kedua: Modal Modal adalah merupakan asas yang kedua terpenting bagi menjalankan bidang pertanian ini. Modal juga boleh didapati melalui:

a. Simpanan sendiri
b. Pinjaman keluarga
c. Pinjaman bank tempatan seperti AgroBank

Langkah Ketiga : Teknologi
Teknologi yang terkini dan boleh digunapakai dengan mengikut sesuaian tempat, modal yang mencukupi dan pengurusan pengendalian lepas tuai yang betul.

Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalender Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan

Teknologi Benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia boleh di dapati di MARDI.

Teknolgi Kejenteraan Pertanian boleh dilihat seperti berikut:

Teknologi dan Inovasi terkini di dalam bidang pertanian

Langkah Keempat : Aliran Untung Rugi Tanaman

Secara logiknya, ke semua perniagaan mengutamakan keuntungan. Walaubagaimanapun, keuntungan perniagaan tanaman perladangan yang tercatat di atas kertas tidak semestinya sama dengan baki wang tunai yang dibelanjakan. Perbelanjaan sebenar yang dibuat bukan daripada keuntungan tetapi lebihan wang tunai. Justeru itu, aliran keluar dan masuk adalah lebih penting berbanding keuntungan kerana keuntungan sebenar daripada jualan kredit masih belum diperolehi.

Langkah Kelima : Persijilan SALM dan SOM

Langkah Keenam : Pasaran

Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu meranngsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, tred dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang boleh menbantu di dalam pemasaran Pertanian berskala kecil dan besar adalah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia(FAMA).

Langkah Ketujuh : Insentif

Terdapat beberapa garis panduan bagi insentif yang dilaksakanakan oleh Jabatan Pertanian iaitu:

a. Garis Panduan Pelaksanaan Insentif Pengeluaran Hasil Pertanian dibawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008

b. Garis Panduan Permohonan Insentif / galakan dibawah seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967

Sebelum memulakan perniagaan. Anda perlu menyediakan plan perancangan perniagaan dalam bidang pertanian. Contoh format plan perancangan perniagaan bidang pertanian:

Format Plan Perancangan Perniagaan

1. Muka Depan
2. Isi kandungan
3. Ringkasan Eksekutif
a. Nama syarikat penggerak utama& cadangan projek
b. Pengurusan Projek
c. Kewangan projek
d. Pasaran dan ekonomi
e. Kos projek / daya maju
f. Ekuiti dan keperluan pinjaman
g. Cagaran
h. Sokongan MOA.Inc

Bahagian Utama
1. Pengenalan
a. Tujuan plan bisnes projek
b. Tujuan projek

2. Latarbelakang projek
2.1 Syarikat
a. Nama dan nombor
b. Alamat
c. No.telefon & no.faks
d. Bank syarikat
e. Setiausaha syarikat
f. Juruaudit syarikat
g. Modal diberikan dan modal dibayar syarikat
h. Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (Profil)

2.2 Projek

a. Lokasi dan status semasa
b. Teknikal dan teknologi
• Kesesuaian tanah
• Agroiklim
• Sumber dan kualiti air

3. Pasaran dan Ekonomi
a. Analisa pasaran dan plan pemasaran
b. Harga produk dipasaran

4. Kewangan
a. Penyata kewangan dan penyata untung –rugi
b. Aliran kewangan, sumber kewangan ekuiti syarikat dan IRR, B/C Ratio dll.
c. Titik pulangan modal, tempoh penangguhan d. Jadual bayaran balik pinjaman

5. Organisasi dan pengurusan
a. Struktur / carta organisasi
b. Sumber manusia dan keperluan buruh
c. Strategi pengurusan sumber manusia sekarang dan di masa hadapan

6. Penilaian / pemantauan yang disyorkan

7. Justifikasi

8. Penutup

Tuesday, January 18, 2011

Perniagaan | Pemasaran produk | Produk proses | Usahawan PKS | FAMA


Perniagaan Pemasaran produk Produk proses Usahawan PKS FAMA

Pengenalan.

Program kontrak pemasaran produk proses merupakan sebahagian daripada perkhidmatan pemasaran produk makanan proses terpilih atau produk juara yang dikeluarkan oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk diedarkan oleh FAMA di bawah jenama seperti OleMas dan AgroMas.

Kontrak pemasaran produk merupakan satu ikatan persetujuan di antara FAMA dan usahawan PKS di mana FAMA menjamin pemasaran dan usahawan PKS bersetuju mengeluarkan produk proses pada kualiti, kuantiti, jenis, pembungkusan, harga dan masa yang ditetapkan oleh FAMA.

Usahawan PKS dalam program ini dipanggil “vendor”.

Pemilihan vendor atau produk proses bagi jenama AgroMas dibuat oleh FAMA, sementara pemilihan vendor atau produk untuk jenama OleMas dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


Produk Tumpuan.


Keutamaan diberikan kepada produk proses terpilih/juara (Winning Products), iaitu :

1) Produk proses yang diterima oleh pengguna dalam dan luar negara dan mempunyai potensi pemasaran produk yang nyata.

2) Tidak bersaing secara terus dengan produk keluaran syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa ( multi-nasional corporations )

3) Mempunyai bekalan bahan mentah yang cukup dari dalam negara atau serantau


Matlamat
.

Memperluaskan pemasaran produk usahawan PKS
Meningkatkan daya maju perusahaan PKS
Menambah nilai produk segar terpilih


Skop Perkhidmatan FAMA

Usahawan PKS dan produk proses yang dipilih di bawah program ini akan menikmati perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

1) Analisis Produk Analisis mikrob, biologi dan nilai pemakanan bagi tujuan penyediaan label

2) Khidmat Nasihat Pembangunan Kualiti FAMA membimbing usahawan PKS dalam meningkatkan kualiti produk proses melalui Program Audit Pembekal

3) Khidmat Nasihat Rekabentuk Pembungkusan dan Pelabelan Penyediaan rekabentuk pembungkusan dan label bagi produk yang terpilih

4) Kursus Dan Program Dampingan Dengan Usahawan PKS Usahawan yang telah berjaya bagi meningkatkan kepakaran dan kemahiran usahawan/pelatih dalam bidang pemasaran produk asas tani.

5) Jaminan Pasaran FAMA membeli dan mengedar produk-produk terpilih yang dijenamakan oleh FAMA berdasarkan kuantiti dan masa yang dipersetujui

6) Promosi Dan Pengiklanan FAMA menjalankan program promosi dan pengiklanan bagi produk yang berjenama AgroMas dan OleMas.

Kumpulan Sasaran.
Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang telah giat mengeluarkan produk proses terpilih yang dikenalpasti oleh FAMA dan yang mampu memenuhi pra-syarat perkhidmatan.

Kelayakan:
Produk usahawan PKS termasuk dalam senarai produk tumpuan/produk terpilih FAMA (Sila rujuk senarai terkini di laman web http://www.blogger.com/www.fama.gov.my atau hubungi Bahagian Pemasaran Produk Proses FAMA

Produk mendapat pengiktirafan halal daripada badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Mempunyai premis pengeluaran yang lengkap dan sempurna untuk pemprosesan makanan yang berasingan daripada tempat kediaman.

Berupaya membekalkan produk yang diperlukan oleh FAMA secara berjadual.

Perniagaan mesti didaftarkan sekurang-kurangnya bertaraf enterprise.

Produk mesti mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Lulus audit perbekalan FAMA.
Bersedia menerima teguran, pandangan dan cadangan dalam semua aspek perbekalan produk.

Usahawan yang ingin mendapat keterangan lanjut atau berminat untuk menyertai program ini boleh mengemukakan permohonan kepada:

Bahagian Pemasaran Produk Proses,
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA)
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Monday, January 10, 2011

Pertanian | Pokok | Stevia | Daun | Gula | Manis




Pertanian Pokok Stevia Daun Gula Manis

Pokok Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah pokok stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf (daun manis) , sugarleaf (daun gula) ataupun sweet herb.

Pokok stevia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanam pokok stevia, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daun manisnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun pokok stevia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, pokok stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Pokok Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Kegunaan stevia (pokok gula) sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ciri paling unik mengenai Stevia ( pokok gula) ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia (pokok gula). Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Thursday, January 6, 2011

Perniagaan | kedai | ebook | percuma facebook

Perniagaan | kedai | ebook | percuma facebook

Social media yang paling mendapat tempat di kalangan pengguna
ialah Facebook. Hari ni kalau anda tanya kawan-kawan siapa
yang tiada akaun Facebook, memang susah nak jumpa. Rata-rata
kawan-kawan kita dah pun ada akaun Facebook.

Jadi dengan kelebihan ini anda boleh gunakan Facebook
untuk menjalankan pemasaran dan menjual barangan fizikal.
Tahukah anda bahawa sekarang anda boleh
membuka kedai di Facebook secara PERCUMA?

YA!! Facebook sudah ada fungsi SHOP dan shopping cart.
Anda boleh membuka Store anda sendiri di Facebook dan
rakan-rakan anda boleh membeli terus di kedai facebook anda.

Dengan kedai facebook anda dapat banyak kelebihan

(+) Proses niaga terbaru, belum ramai yang tahu apalagi menceburinya
(+) Liputan lebih luas, 585 juta pengguna Facebook
(+) Lebih Interaktif
(+) 24 jam, 7 hari seminggu
(+) Kos perniagaan dikurangkan sehingga 90%

Saya merasakan ini akan memberikan saingan hebat kepada portal jualan online seperti Ebay yang mengenakan caj untuk setiap jualan yang kita buat. Ramai pengguna yang akan beralih kepada social shopping dalam tahun ini.

Jadi bagaimana anda boleh buka kedai di Facebook?
Syed Shazni seorang pakar dalam bidang jualan online dan merupakan penasihat khas
kepada Sifulan, pakar Ebay telah menyediakan
sebuah ebook Kedai Facebook yang akan membantu
anda untuk setup kedai facebook.

Anda cuma perlukan akaun Facebook dan juga
akaun Paypal sebagai penerima bayaran. Dalam ebook
yang boleh di download secara PERCUMA ini
Syed Shazni telah memberikan langkah demi langkah
untuk setup kedai facebook anda.

Saya menggalakkan anda ambil langkah
sekarang untuk memiliki kedai Facebook sendiri.
Klik link di bawah dan dapatkan Ebook Kedai Facebook secara PERCUMA.




Saya doakan semoga anda berjaya memiliki
kedai facebook sendiri selepas ini dan membuat
jualan yang banyak di Facebook! Terima Kasih.

Monday, January 3, 2011

Pertanian | Cara | Membuat baja | organik

Pertanian | Cara | Membuat baja | organik


Pengenalan Baja Organik

Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses Pereputan dan menghasilkan Nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Contoh baja organik asli termasuklah pupuk kandang,sluri,kompos cacing,gambut,rumpai laut,kumbahan dan guano. Galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potasy dan batu kapur juga dianggap sebagai baja organik.

Terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk darah,serbuk tulang dan pati rumpai laut. Selain itu, enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik.


MEMBUAT BAJA ORGANIK


Samada untuk kegunaan sendiri dirumah atau ada diantara anda yang ingin menjadikannya sebagai alternatif perniagaan bagi produk komersial atau sambilan.

* Begitu mudah sekali untuk membuat baja Organik.

Biasanya baja organik terhasil daripada proses kitar semua bahan-bahan buangan yang dikategorikan mengandungi kandungan Nitrogen,kalsium, phosphate, serta molikul lain yang tersedia didalamnya.
Antara bahan sisa buangan tersebut seperti najis ternakan, sayuran, buahan, sisa makanan, sisa tumbuhan yang sentiasa kita buang setiap hari.


MEMBUAT BAJA ORGANIK
DIRUMAH - Untuk Kegunaan Sendiri.

* Sediakan sebuah tong yang lengkap dengan penutupnya supaya tidak mengeluarkan bau sewaktu proses pemeraman. Letakkan dibelakang rumah. Masukkan bahagian bawah sekali dengan 20% kandungan tanah biasa yang terdapat dihalaman rumah anda, masukkan sedikit air melepasi paras tanah tersebut, kemudian anda boleh memasukkan segala sisa dapur anda, samada nasi, sisa sayuran, sisa buahan, sisa makanan dll. Jika terdapat rumput-rumput atau daun-daun kering juga boleh dimasukkan sekali kedalam tong pemeraman tersebut. Apabila pemeraman mencapai tempuh 14 hari masukkan sebotol Yakuth dan tambahkan air serta campurkan dengan 1 - 2 kg gula merah. Peram sehingga beberapa lama, namun ianya boleh digunakan untuk pembajaan tanaman halaman rumah anda selepas 7 hari anda memasukkan campuran yakuth dan gula merah. Simpan pemeraman tersebut. Semakin lama ianya diperam maka semakin tinggi nilai organik anda. Jika anda inginkan organik anda kering, campurkan ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan.


MEMBUAT BAJA ORGANIK
SECARA KOMERSIAL

* Untuk penyediaan secara berpukal anda memerlukan kawasan dumping dan memerlukan sisa najis ternakan samada sisa najis ayam, kambing arnab dll. Anda boleh melonggokkan kesemua sisa tumbuhan,rumput, daun, batang-batang pisang yang dicincang kecil, dahan-dahan kecil dan apa sahaja sumber tumbuhan. Timbuskan dengan tanah dan najis ternakan. Korekkan lubang ditengah-tengah untuk anda mencurahkan Yakuth dan gula merah mengikut kadar keperluannya berdasarkan besarnya jumlah dumping yang dibina.
Timbuskan semula lubang yang telah disiram dengan Yakuth dan gula merah. Peram sehingga 2 -3 bulan kemudian di balik-balikkan menggunakan cangkul atau jentera. Peram lagi 1 -2 bulan sebelum dikeringkan dan ditapis untuk pembungkusan.

Jangan anda takut dan terkejut atau merasa geli apabila anda membalikkan dumping organik tersebut apabila anda akan menemui beribu-ribu cacing tanah dan ulat putih, kerana ianya adalah diantara proses pemecahan dan peneutralisasi asid dalam kandungan organik sebelum Organik asli terjadi hasil tahi cacing dan tahi ulat tersebut.
Enzim Yakuth dan gula merah akan membekalkan mikoganisma dalam kandungan Organik manakala nitrogen dan kandungan lainnya terhasil daripada sumber tumbuhan yang tersedia pada asalnya.

- Beginilah serba sedikit maklumat asas berkaitan penyediaan organik, yang boleh anda hasilkan sendiri dirumah disamping menjimatkan kos pembajaan tanaman anda dirumah. Ia juga tidak membazirkan segala sisa buangan dapur anda. kerana boleh dikitar semula menjadi baja organik.


CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK | daun sayur


Baja Organik 1

BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar

1. Pelbagai jenis daun sayur atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai
Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang
itu apabila daun-daun itu digaul.
3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
4. Sebotol minuman Yakult

Nota:
1. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan
percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.
2. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak
cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang
diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu
banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
3. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata
dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
4. Tong takungan pemeraman daun-daun sayur yang dicincang hendaklah diletak di tempat
yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh
mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang
dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu
akan lebih berkualiti baja itu.

Cara Memproses:
1. Semua daun sayur dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang
dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk
dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.

Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air;
dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur
sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun
pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi,
memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok
getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.