Monday, January 3, 2011

Pertanian | Cara | Membuat baja | organik

Pertanian | Cara | Membuat baja | organik


Pengenalan Baja Organik

Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses Pereputan dan menghasilkan Nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Contoh baja organik asli termasuklah pupuk kandang,sluri,kompos cacing,gambut,rumpai laut,kumbahan dan guano. Galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potasy dan batu kapur juga dianggap sebagai baja organik.

Terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk darah,serbuk tulang dan pati rumpai laut. Selain itu, enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik.


MEMBUAT BAJA ORGANIK


Samada untuk kegunaan sendiri dirumah atau ada diantara anda yang ingin menjadikannya sebagai alternatif perniagaan bagi produk komersial atau sambilan.

* Begitu mudah sekali untuk membuat baja Organik.

Biasanya baja organik terhasil daripada proses kitar semua bahan-bahan buangan yang dikategorikan mengandungi kandungan Nitrogen,kalsium, phosphate, serta molikul lain yang tersedia didalamnya.
Antara bahan sisa buangan tersebut seperti najis ternakan, sayuran, buahan, sisa makanan, sisa tumbuhan yang sentiasa kita buang setiap hari.


MEMBUAT BAJA ORGANIK
DIRUMAH - Untuk Kegunaan Sendiri.

* Sediakan sebuah tong yang lengkap dengan penutupnya supaya tidak mengeluarkan bau sewaktu proses pemeraman. Letakkan dibelakang rumah. Masukkan bahagian bawah sekali dengan 20% kandungan tanah biasa yang terdapat dihalaman rumah anda, masukkan sedikit air melepasi paras tanah tersebut, kemudian anda boleh memasukkan segala sisa dapur anda, samada nasi, sisa sayuran, sisa buahan, sisa makanan dll. Jika terdapat rumput-rumput atau daun-daun kering juga boleh dimasukkan sekali kedalam tong pemeraman tersebut. Apabila pemeraman mencapai tempuh 14 hari masukkan sebotol Yakuth dan tambahkan air serta campurkan dengan 1 - 2 kg gula merah. Peram sehingga beberapa lama, namun ianya boleh digunakan untuk pembajaan tanaman halaman rumah anda selepas 7 hari anda memasukkan campuran yakuth dan gula merah. Simpan pemeraman tersebut. Semakin lama ianya diperam maka semakin tinggi nilai organik anda. Jika anda inginkan organik anda kering, campurkan ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan.


MEMBUAT BAJA ORGANIK
SECARA KOMERSIAL

* Untuk penyediaan secara berpukal anda memerlukan kawasan dumping dan memerlukan sisa najis ternakan samada sisa najis ayam, kambing arnab dll. Anda boleh melonggokkan kesemua sisa tumbuhan,rumput, daun, batang-batang pisang yang dicincang kecil, dahan-dahan kecil dan apa sahaja sumber tumbuhan. Timbuskan dengan tanah dan najis ternakan. Korekkan lubang ditengah-tengah untuk anda mencurahkan Yakuth dan gula merah mengikut kadar keperluannya berdasarkan besarnya jumlah dumping yang dibina.
Timbuskan semula lubang yang telah disiram dengan Yakuth dan gula merah. Peram sehingga 2 -3 bulan kemudian di balik-balikkan menggunakan cangkul atau jentera. Peram lagi 1 -2 bulan sebelum dikeringkan dan ditapis untuk pembungkusan.

Jangan anda takut dan terkejut atau merasa geli apabila anda membalikkan dumping organik tersebut apabila anda akan menemui beribu-ribu cacing tanah dan ulat putih, kerana ianya adalah diantara proses pemecahan dan peneutralisasi asid dalam kandungan organik sebelum Organik asli terjadi hasil tahi cacing dan tahi ulat tersebut.
Enzim Yakuth dan gula merah akan membekalkan mikoganisma dalam kandungan Organik manakala nitrogen dan kandungan lainnya terhasil daripada sumber tumbuhan yang tersedia pada asalnya.

- Beginilah serba sedikit maklumat asas berkaitan penyediaan organik, yang boleh anda hasilkan sendiri dirumah disamping menjimatkan kos pembajaan tanaman anda dirumah. Ia juga tidak membazirkan segala sisa buangan dapur anda. kerana boleh dikitar semula menjadi baja organik.


CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK | daun sayur


Baja Organik 1

BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar

1. Pelbagai jenis daun sayur atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai
Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang
itu apabila daun-daun itu digaul.
3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
4. Sebotol minuman Yakult

Nota:
1. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan
percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.
2. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak
cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang
diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu
banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
3. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata
dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
4. Tong takungan pemeraman daun-daun sayur yang dicincang hendaklah diletak di tempat
yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh
mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang
dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu
akan lebih berkualiti baja itu.

Cara Memproses:
1. Semua daun sayur dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang
dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk
dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.

Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air;
dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur
sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun
pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi,
memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok
getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.

8 comments:

ashik said...

Buat baja sendiri amat menjimatkan.. :-)

Anonymous said...

Terima kasih kpd tuan/puan punya blog ini,saya seorg beliatani dan menanam poko sayuran dan cili,bila saya membaja pokok dgn baja organik yg dlm blog ini,saya nampak pokok saya lebih subur,tanah lebih baik dan saya terperanjat time musim panas pokok saya stay segar.terima kasih kpd tuan /puan punya blog,sbb dpt berkongsi sedikt sebyk tentang pertanian.terima kasih byk2.saya harap akan ada lg info pertanian yg banyak lg dlm blog ini,sekali gus dpt mertabatkan pertanian.pertanian adalah perniagaan

Anonymous said...

Terima kasih kpd tuan/puan punya blog ini,saya seorg beliatani dan menanam poko sayuran dan cili,bila saya membaja pokok dgn baja organik yg dlm blog ini,saya nampak pokok saya lebih subur,tanah lebih baik dan saya terperanjat time musim panas pokok saya stay segar.terima kasih kpd tuan /puan punya blog,sbb dpt berkongsi sedikt sebyk tentang pertanian.terima kasih byk2.saya harap akan ada lg info pertanian yg banyak lg dlm blog ini,sekali gus dpt mertabatkan pertanian.pertanian adalah perniagaan

Anonymous said...

saya sedang menanam ubi keladi unggu,menggunakan baja yg dibeli amat membebankan,terima kasih tuan punya blog ini kerana memberi info yg amat berharga.Saya telah cuba dan cecair sebanyak 4L dapat digunakan dalam jangka masa yg lama.

Izza Amza said...

terima kasih nabila ~ artikel ini amat membantu saya.. i'allah saya akan share dgn rakan2 lain :)

Anonymous said...

saya guna nasi ganti yakuth masuk pada pangkal pokok buluh tutup nasi dgn plastik jernih selama dua hari angkat nasi itu campur dgn gula merah .agimgsma itu ada pada pokok saja .kemudian campuran lain sama

Anonymous said...

terima kasih pada blog ini

Mierza Dya said...

saya ade bela arnab..suami saya buang najis arnab kat sume dalam pasu tanaman saya.....katanyer boleh jadi baja...2-3 hari pastu da nampak perubahan pada pokok saya..ade yang layu, kekuningan...lame2 pokok saya mati..saya da keluarkan pokok yang mati tapi tanah tu masih boleh guna lagi ke x untuk tamanan lain...