Showing posts with label perikanan. Show all posts
Showing posts with label perikanan. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Perikanan | Pameran | Aquafair Malaysia 2013 | MITC Melaka

Perikanan | Pameran | Aquafair Malaysia 2013

Pameran akan diadakan pada 21-24 November 2013 di MITC Melaka.


Sila pergi ke:
Perikanan | Climbing Perch | sumber pendapatan sampingan

Wednesday, May 9, 2012

Pertanian | Perikanan | Perniagaan | Latihan | Kursus | Program | peladang 2012


 Pertanian | Perikanan | Perniagaan | Latihan | Kursus | Program | peladang 2012

JADUAL PROGRAM LATIHAN PELADANG 2012
Bil
Tajuk Kursus
Cadangan Bulan*
Tempoh (Hari)
Kumpulan Sasar
A.
PROGRAM LATIHAN PEMIMPIN PELADANG
1
Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2013
November
3 hari 2 malam
Pemimpin Peladang
B.
PROGRAM LATIHAN USAHAWAN PELADANG  
1
Kursus Pengurusan Pemasaran
Mac
3 hari 2 malam
Usahawan Peladang
2
Kursus Halalan Toyyiban
Jun
4 hari 3 malam
Usahawan Peladang
C.
PROGRAM LATIHAN PELADANG MUDA
1
Kursus Asas Keusahawanan
Mei
3 hari 2 malam
Peladang Muda
2
Kursus Penternakan Ayam Kampung dan Pedaging
Disember
4 hari 3 malam
Peladang Muda
D.
PROGRAM LATIHAN PELADANG PELAPIS
1
Kursus Meremajakan Ahli PP
April & Oktober
4 hari 3 malam
Peladang Pelapis

JADUAL PROGRAM LATIHAN PELADANG
TAHUN 2012/2013 DIBAWAH PERUNTUKAN PP DAN LAIN – LAIN SUMBER
Bil
Tajuk Kursus
Cadangan Bulan*
Tempoh (Hari)
Kumpulan Sasar
A
PROGRAM LATIHAN PEMIMPIN PELADANG
1
Kursus Pengurusan dan Perundangan AJP
(Zon Tengah, Selatan, Timur, Utara dan Sabah / Labuan)
September
3 hari 2 malam
Pemimpin Peladang
2
Kursus Memperkasakan Unit Peladang (Zon Tengah, Selatan, Timur, Utara dan Sabah / Labuan)
Oktober
3 hari 2 malam
Pemimpin Peladang
3
Kursus Pendekatan Audit Dalam PP (Zon Tengah, Selatan, Timur, Utara dan Sabah/ Labuan)
Mei
3 hari 2 malam
Pemimpin Peladang
B.
PROGRAM LATIHAN USAHAWAN PELADANG  
1
Kursus Penyediaan Aliran Tunai dan Perakaunan (Zon Tengah, Selatan, Timur, Utara dan Sabah / Labuan)
Mac
4 hari 3 malam
Usahawan Peladang
C.
PROGRAM LATIHAN PELADANG MUDA
1
KORTANI LPP (Zon Timur , Selatan dan Sabah / Labuan)
Mac & April
3 hari 2 malam
Usahawan Peladang
* Segala pindaan adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

Friday, January 6, 2012

Perniagaan | Pertanian | Kursus Awam 2012



Perniagaan | Pertanian | Kursus Awam 2012


Kursus Awam 2012 (KOMPLEKS TEKNOLOGI PERTANIAN SUNGAI UDANG, MELAKA)

Kursus awam anjuran Jabatan Pertanian Negeri Melaka diadakan pada setiap tahun bertempat di Kompleks Teknologi Pertanian Sungai Udang, Melaka.

Kursus ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM45.00 bagi setiap kursus.

Bilangan peserta kursus adalah terhad, siapa cepat akan didahulukan.


Sila layari laman sesawang AgricMelaka untuk melihat KALENDER KURSUS TAHUN 2012.

Sunday, January 1, 2012

Pertanian | Kursus | Bidang | Bercucuk tanam | pertanian | percuma | 2012

Pertanian | Kursus | Bercucuk tanam | pertanian | percuma | 2012
Dari Keratan KOSMO 2/01/2012:





SERDANG - Jabatan Pertanian menyediakan kursus pengurusan kebun selama lapan bulan secara percuma kepada orang awam yang benar-benar berminat untuk bercucuk tanam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Rosley Datuk Khalid berkata, kursus berkenaan dinamakan Inkubator dan pihaknya akan mengajar peserta terpilih mengenai teknik penanaman sehingga mereka mahir termasuk latihan praktikal di kawasan tanah seluas dua hektar.

"Kami mahu lebih dekat dengan masyarakat. Jika mereka ada masalah bercucuk tanam, mereka boleh terus ke cawangan kami untuk mendapatkan khidmat tunjuk ajar," katanya selepas melancarkan Hari Rakan Kebun Anda di sini semalam.

Menurut Rosley lagi, sebelum ini, orang ramai hanya tahu Jabatan Pertanian hanya membuat kajian dan menjalankan tanaman berbentuk komersial sahaja tetapi kini peranan semakin berkembang dan masyarakat perlu mengetahuinya.

Tambahnya, pihaknya kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang diperlukan dengan pelbagai panduan penanaman yang betul termasuk teknik menggunakan baja secara tradisional.

Setakat ini, jelas beliau, pelajar di jabatannya terdiri daripada lepasan universiti yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan betul cara menanam pokok.

Sila layari

http://www.doa.gov.my/web/guest/program_inkubator_usahawan_belia_tani

Sunday, November 27, 2011

Perniagaan | Ternakan | Ayam Siam | Ayam Sabung | Ayam Kampung

Perniagaan | Ternakkan | Ayam Siam | Ayam Sabung | Ayam Kampung

Ternakan ayam siam
, sabung dan kampung boleh juga menjadi sumber pendapatan sampingan. Berat badan ayam siam atau sabung lebih berat dari ayam kampung. Jika diadunkan ayam siam atau sabung dengan ayam kampung pasti baka yang terhasil lagi baik.

Anda boleh memulakan ternakan ayam siam atau sabung dan kampung dengan modal yang rendah.

Ayam induk diperlukan. Biasanya dengan nisbah 1 pejantan: 5 betina. Dan reban untuk ayam ini bertelur.

Biasanya ayam siam atau sabung dan kampung makan makanan dari sisa dapur seperti nasi, sayur, roti dan makanan yang tidak boleh dimakan lagi.

Dalam umur 3 atau 4 bulan ayam ini sudah boleh bertelur. Pastikan tempat bertelur ayam tidak terdedah pada hujan.

Harga ayam siam atau sabung dan kampung lebih mahal dari harga ayam daging atau telur dipasaran.


Gambar dibawah ini adalah antara ternakan ayam siam atau sabung yang sedang saya usahakan bermula dari indukan 1 jantan : 5 betina.





Thursday, June 10, 2010

Perikanan | Ternakan ikan sangkar | sumber pendapatan sampingan

Perikanan Ternakan ikan sangkar sumber pendapatan sampingan





Ternakan Ikan Sangkar sumber pendapatan sampingan

Latarbelakang Projek Ternakan Ikan Sangkar

Projek Ternakan Ikan Sangkar ini dipilih memandangkan Daerah Pekan mempunyai kawasan yang sesuai untuk projek ini di Sungai Pahang yang luas.

Projek Ternakan Ikan Sangkar ini sudah menjadi antara aktiviti ekonomi utama yang terbukti memberi hasil yang baik kepada pen-gusaha.

Latarbelakang Peserta:

Peserta daripada golongan Miskin daripada senarai eKasih Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Peserta akan ditempatkan bersama dengan (Mento) yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ternakan ikan sangkar khususnya ter-nakan ikan Patin dan Talapia.

Peserta akan mendapat tunjuk ajar secara terus dalam proses pengurusan ternakan dan sebagainya.

Latarbelakang Mentor:

Mentor mengusahakan ikan ternakan ikan dari tahun 2004 bersama FAMA dan mempunyai bilangan sangkar sebanyak 24 buah, lapan buah ( 10 x 10) dan 16 (20 x 10) sangkar.

Memiliki pusat jualan ternakan ikan sangkar milik sendiri, yang dibantu khusus oleh FAMA.

Hasil Ternakan Ikan Sangkar di gerai jualan runcit yang dibangunkan oleh FAMA di bawah Cawangan Akualkultur.

Hasil Ternakan Ikan Sangkar diambil oleh pemborong/peraih untuk memenuhi pasaran tempatan.

Kos Pengeluaran Bagi Peserta:

Kos pengeluaran yang terlibat bagi aktiviti ini adalah :
Sangkar ternakan 20 kakix 10 kaki : 3,500 /unit
benih ikan : RM 720.00/sangkar
makanan ikan : RM3,795 /sangkar seh-ingga boleh dipasarkan
elaun sara hidup : RM 350 x 5 Bulan = RM 1750,00 lain-lain peralatan kecil dan pentadbi-ran : mengikut keperluan semasa.

Kos keseluruhan pengeluaran peringkat pertama melibatkan 2 unit sangkar berukuran 20 kaki x 10 kaki = RM19,240.00 termasuk elaun sara hidup RM 350 / Bulan.

Kos untuk pusingan kedua dan sete­ rusnya adalah dianggarkan sebanyak RM10,780. Semua kos pusingan pertama di atas akan ditanggung oleh pihak FAMA dan disalurkan secara bersistem dan berperingkat serta dipantau oleh pega-wai FAMA dan juga mentor yang dilantik.

Manakala kos operasi pusingan kedua akan diambil dari keuntungan jualan pusingan pertama dan seterusnya.

Pulangan:

Berdasarkan kepada kos-kos yang terli-bat di atas, perkiraan pulangan akan dibuat di atas perbelanjaan modal operasi semusim dan selepas itu akan membawa kepada pengiraan pulan-gan modal yang dilaburkan bagi pembinaan sangkar ternakan.

Perkiraan bagi pulangan semusim (ikan tilapia dan patin) bagi dua sangkar adalah benih ikan : RM720 x 2 = RM1,440.
makanan ikan : RM3,795 x 2 = RM7,590
Pendahuluan sara hidup peserta : RM350 x 5 bulan = RM1,750
jumlah kos pengeluaran : RM10,780
harga jualan : RM8.00/kg
purata kasar kuantiti ternakan yang dikeluarkan : 1000kg/sangkar
jumlah jualan : RM8.00 x 2000 kg = RM16,000
keuntungan : RM16,000 - RM10,780 = RM5,520/semusim.

Ini adalah perkiraan kasar yang dibuat bagi semusim. Bilangan sangkar yang dicadangkan kepada setiap peserta adalah sebanyak dua buah sangkar
menepati jumlah pendapatan yang digariskan. Jika dicampurkan dengan elaun sara hidup setiap bulan dan keuntungan jualan dihujung musim, peserta akan mendapat sumber pendapatan sampingan kasar sebulan sebanyak RM1,044.

Kawalan:
Semua projek yang dicadangkan ini akan dipantau oleh mentor yang dilantik disamping pegawai FAMA di Daerah Pekan ini, di mana lokasi sang-kar adalah berhampiran dengan men-tor ataupun bersama dengan mentor.

Peserta pula akan diwajibkan mengikuti beberapa peraturan :

kursus ternakan

kursus pengurusan ikan dan sangkar buku kedatangan kerja dan rekod kewangan buku akaun AGROBANK.

Peserta:

Jumlah peserta yang dicadangkan adalah seramai 10 orang / sebagai peserta sokongan.

Peserta yang dipilih ini adalah mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai Pahang.

Pasaran:

Semua hasil dibeli oleh FAMA sen­ diri melalui Pusat Operasi Akuakultur Lanchang dan juga diuruskan oleh mentor. Harga yang ditawarkan adalah mengikut persetujuan pusat dengan bersandarkan harga pasaran semasa.

FAMA juga menggalakan pengusaha menjual sendiri secara kecil-kecilan bagi membolehkan hasil sumber pendapatan sampingan.

Monday, May 10, 2010

Perikanan | Panduan Menternak | Ikan Talapia | Pemilihan | Pembinaan | Dalam Kolam | sumber pendapatan sampingan

Panduan Menternak Ikan Talapia Pemilihan Tapak Dalam Kolam.




PENGENALAN

Nama Tempatan :

Ikan Talapia Hitam / Ikan Talapia Merah

Nama Inggeris :

Black Talapia/ Nile Bream

Nama Saintifik :

Oreochromis niloticus

Kadar tumbesaran:

Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan
Harga pasaran :

450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg




MENGAPAKAH IKAN TALAPIA POPULAR:

i. Mempunyai pasaran
ii. Tumbesaran yang cepat
iii. Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran
iv. Tulang yang sedikit
v. Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran
vi. Tahan kepada perubahan persekitaran
vii. Tempoh menternak yang singkat
viii. Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada
ix. Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk



KRITERIA PEMILIHAN DALAM TAPAK KOLAM

1. Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
2. Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
3. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.

4. Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
5. Senang untuk memasarkan ikan talapia.



PEMBINAAN KOLAM



1. Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.
2. Bersihkan kawasan di mana kolam talapia akan dibina.
3. Korek kolam – menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.
4. Kedalaman kolam talapia yang sesuai = lebih kurang 4 – 5 kaki.
5. Komponen utama kolam talapia yang perlu ada/ dibina :
a. Batas atau ban – pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).
b. Saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.



PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN

1. Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan talapia daripada jangkitan penyakit.
2. Buang lumpur pada dasar kolam talapia kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
3. Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam talapia. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:
a. Meningkatkan pH air
b. Mengeraskan dasar kolamc. Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan talapia dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
d. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
e. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.
f. Selepas dasar kolam talapia kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam
g. Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan talapia ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan).
h. Setelah dibajai, kolam talapia dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.


PELEPASAN BENIH IKAN TALAPIA
1. Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.
2. Biasanya benih ikan talapia yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan talapia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.


PEMAKANAN

1. Ikan Talapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).
2. Terdapat 3 punca utama iaitu :
a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.
3. Cara pemberian makanan :
a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam talapia.
b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.
4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
5. Ikan talapia perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang.

AKTIVITI HARIAN

Pemeriksaan ke atas kolam talapia biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

1. Memberi makanan
2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
3. Memeriksa kualiti air.
4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
5. Mengawal rumpair
6. Mengawal pemangsa
7. Membuat catatan harian

PENUAIAN

1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan talapia yang hendak dituai iaitu samada :
a. Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
b. Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam talapia sepenuhnya.
2. Umumnya tidak semua ikan talapia yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam talapia khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.
- Home -

Monday, October 12, 2009

Perikanan | Climbing Perch | pendapatan sampingan




The Climbing Perch
Anabas testudineus

By David MarshallThe article which follows was written for the web-site of Ryedale Aquarist Society, Pickering, North Yorkshire, EnglandAquarticles

SCIENTIFIC NAME - Anabas testudineus

COMMON NAME - Climbing Perch

SCIENTIFIC CONFUSION? - With several slight colour and morphological differences in Climbing Perch found throughout their natural range it may well be that, in the future, we will see some of these given alternative scientific names.

NATURAL RANGE - Thailand, Sri Lanka, Malaysia, Taiwan, Indonesia, Southern China, Vietnam, Cambodia, Philippines.

SIZE - 10" (25cm).

DESCRIPTION - A torpedo looking, perch shaped fish. The body is elongate, the dorsal fin has a longer base than the anal, dorsal and anal reach backwards to the beginning of the caudal and that the posterior edge of the gill cover bears two strong spines. Colour is of a 'muddy' appearance of olive-grey. Young specimens have a dark spot on the caudal peduncle (point at which the body ends and tail starts). Young are often confused with Ctenopoma species.

DANGER? - The gill covers are equipped with various spines that are used as a defensive mechanism and are said to cause pain (if my experience of badly swollen fingers and large blisters caused by the ventral fin spines of Synodontis species 'Nigeria' is similar to this then such contact is best avoided and only plunging my hand into extremely hot water took this swelling down) if they catch a fishkeepers hand.

FIN MOVERS? - These fish are capable of moving from pool to pool by using their pectoral fins, caudal peduncle and gill covers as a means of locomotion. As a means of protection these fish are said to use the cover of darkness in order to move around doing so in groups and not as individuals.

HOW DID THESE FISH GAIN THEIR COMMON NAME? - Climbing Perch came about due to a 'myth'. Because certain individuals are said to have been found in tree tops a 'myth' has spread that these fish are the 'Tarzan of the fish world' able to shin up tree trunks with ease but this has yet to be scientifically proved so it is more likely that fish eating birds actually dropped or left catches of this particular fish on tree branches.

Climbing Perch AQUARIUM CONDITIONS - In his Tetra published book Labyrinth Fish - The Bubble-Nest-Builders, Anabantid expert Horst Linke recommends that these fish be maintained in aquaria of 70x40x40cm with a temperature of between 20 and 25 C. Linke recommends keeping these fish in a well-planted aquarium. From a conversation with well-known aquatic photographer Mr. Kevin Webb, maggots and large sized commercial aquarium fish food pellets make good foods for these particular fish. These fish have a predatory nature so are NOT for the community aquarium. The two Climbing Perch I care for live fairly peacefully alongside large Loricarins, Synodontis pardalis, Sajica Cichlids, Doradids and a Garra species.
Please remember that these are labyrinth fish so leave a gap between the water surface and condensation shield (in order to keep the labyrinth organ working properly) and watch for signs of velvet disease.

Climbing Perch BREEDING - The sexes are told apart by girth, as that of the female is larger (particularly when in spawning condition). Males may be darker in colour and have more of a knife-edged anal fin than females. Use a large aquarium with plenty of floating plants. These fish do not build nests spawning in open water. Unlike their Gourami relatives they do not entwine in a full embrace. Spawning is said to be a very vigorous affair.
Eggs are clear in appearance and rise to the water surface. Once spawning is complete remove the adults, as they are prone to eating their eggs. Any fry which hatch (said to be from day 3 onwards) would be very delicate and require either green water or egg yolk paste as a first food with newly hatched brine shrimp to follow after the first week or so. The fry would be tiny and prone to velvet disease.

REFERENCES
Labyrinth Fish - The Bubble-Nest-Builders by Horst Linke, Tetra Press.
Labyrinth Fish by Helmut Pinter, Barron's Publishing.
Star Animals Series - See & Discover Fish (English edition) - Elsa editions.
Dr. Axelrod's Mini-Atlas, TFH Publications.