Perniagaan | Memulakan | buka | Perniagaan | Bidang pertanian
MEMULAKAN PERNIAGAAN BIDANG PERTANIAN
Pengenalan
Memiliki
perniagaan sendiri sering menjadi idaman kebanyakan orang. Dengan menggunakan
perniagaan sendiri, mereka dapat menggunakan kemahiran dan keupayaaan untuk memperoleh sumber
pendapatan sampingan sama ada untuk diri sendiri atau keluarga, di samping mengharap agar
perniagaan tersebut terus berkembang dan maju.
Sebelum
memulakan atau
buka sesebuah
perniagaan, adalah penting bagi seseorang usahawan memilih jenis
perniagaan yang sesuai dan mampu memberikan pulangan. Ramai usahawan menceburi
bidang pertanian tanpa mengkaji dan menilai terlebih dahulu sama ada
perniagaan tersebut sesuai dijalankan . Ini menyebabkan ramai yang menghadapi pelbagai masalah dalam pengurusan
perniagaan.
Memulakan atau
buka perniagaan atau tanaman perladangan tidak semudah yang disangka. Bagaimanapun, kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan
perniagaannya walaupun memperoleh
pendapatan sampingan yang tidak seberapa pada peringkat awal
perniagaan
Bidang pertanian adalah
Perniagaan merupakan satu usaha Jabatan
Pertanian untuk menarik minat pelanggan bergiat di dalam
bidang pertanian secara berskala kecil mahupun berskala besar. Pelanggan yang berminat dan ingin menceburi
bidang perniagaan pertanian terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi membantu untuk melaksanakan
bidang pertanian dengan lebih teratur adalah seperti berikut:
Langkah Pertama: Tanah
Tanah adalah salah satu faktor asas terpenting. Cara pemilikan tanah boleh di dapati seperti:
1. Tanah milikan sendiri
2. Sewa
3. Pajakan
4. Status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan seperti tol
Langkah kedua: Modal Modal adalah merupakan asas yang kedua terpenting bagi menjalankan
bidang pertanian ini. Modal juga boleh didapati melalui:
a. Simpanan sendiri
b. Pinjaman keluarga
c. Pinjaman bank tempatan seperti AgroBank
Langkah Ketiga : Teknologi
Teknologi yang terkini dan boleh digunapakai dengan mengikut sesuaian tempat, modal yang mencukupi dan pengurusan pengendalian lepas tuai yang betul.
Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalender Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan
Teknologi Benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan
Pertanian, ia boleh di dapati di MARDI.
Teknolgi Kejenteraan
Pertanian boleh dilihat seperti berikut:
Teknologi dan Inovasi terkini di dalam
bidang pertanian
Langkah Keempat : Aliran Untung Rugi Tanaman
Secara logiknya, ke semua
perniagaan mengutamakan keuntungan. Walaubagaimanapun, keuntungan
perniagaan tanaman perladangan yang tercatat di atas kertas tidak semestinya sama dengan baki wang tunai yang dibelanjakan. Perbelanjaan sebenar yang dibuat bukan daripada keuntungan tetapi lebihan wang tunai. Justeru itu, aliran keluar dan masuk adalah lebih penting berbanding keuntungan kerana keuntungan sebenar daripada jualan kredit masih belum diperolehi.
Langkah Kelima : Persijilan SALM dan SOM
Langkah Keenam : Pasaran
Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu meranngsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, tred dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang boleh menbantu di dalam pemasaran
Pertanian berskala kecil dan besar adalah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia(FAMA).
Langkah Ketujuh : Insentif
Terdapat beberapa garis panduan bagi insentif yang dilaksakanakan oleh Jabatan
Pertanian iaitu:
a. Garis Panduan Pelaksanaan Insentif Pengeluaran Hasil
Pertanian dibawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008
b. Garis Panduan Permohonan Insentif / galakan dibawah seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967
Sebelum
memulakan perniagaan. Anda perlu menyediakan
plan perancangan perniagaan dalam
bidang pertanian. Contoh format
plan perancangan perniagaan bidang pertanian:
Format
Plan Perancangan Perniagaan
1. Muka Depan
2. Isi kandungan
3. Ringkasan Eksekutif
a. Nama syarikat penggerak utama& cadangan projek
b. Pengurusan Projek
c. Kewangan projek
d. Pasaran dan ekonomi
e. Kos projek / daya maju
f. Ekuiti dan keperluan pinjaman
g. Cagaran
h. Sokongan MOA.Inc
Bahagian Utama
1. Pengenalan
a. Tujuan plan bisnes projek
b. Tujuan projek
2. Latarbelakang projek
2.1 Syarikat
a. Nama dan nombor
b. Alamat
c. No.telefon & no.faks
d. Bank syarikat
e. Setiausaha syarikat
f. Juruaudit syarikat
g. Modal diberikan dan modal dibayar syarikat
h. Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (Profil)
2.2 Projek
a. Lokasi dan status semasa
b. Teknikal dan teknologi
• Kesesuaian tanah
• Agroiklim
• Sumber dan kualiti air
3. Pasaran dan Ekonomi
a. Analisa pasaran dan plan pemasaran
b. Harga produk dipasaran
4. Kewangan
a. Penyata kewangan dan penyata untung –rugi
b. Aliran kewangan, sumber kewangan ekuiti syarikat dan IRR, B/C Ratio dll.
c. Titik pulangan modal, tempoh penangguhan d. Jadual bayaran balik pinjaman
5. Organisasi dan pengurusan
a. Struktur / carta organisasi
b. Sumber manusia dan keperluan buruh
c. Strategi pengurusan sumber manusia sekarang dan di masa hadapan
6. Penilaian / pemantauan yang disyorkan
7. Justifikasi
8. Penutup