Showing posts with label pokok cili padi. Show all posts
Showing posts with label pokok cili padi. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

Pertanian | Soal Jawab cara menanam | jarak | batas | tanah | baja | fertigasi | cantasan | pokok cili padi | sumber pendapatan sampingan

Soal Jawab cara menanam jarak batas tanah baja fertigasi cantasan pokok cili padi

1) Bila cantasan batang pokok cili padi dibuat ?

Bila membesar, pokok cili padi akan ada 1 batang utama, kemudian keluar dahan yang lain. Jadi, kalau nak buat cantasan, untuk mengenalpasti apa yang perlu dicantas, tunggu sehingga batang utama mengeluarkan 2 dahan kat atas (kita akan nampak seperti huruf Y), semua daun atau tunas yang keluar di bawah 2 dahan kat atas tu dicantas.

2) Panduan bagaimana hendak menanam, jarak antara pokok dan batas untuk pokok cili padi dan bagaimana pula dengan tanah dan jenis baja ?

Jarak tanaman adalah 90cm antara pokok dan 150cm antara baris. Tabur baja NPK 12:12:17:2 di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar @ 10g setiap 2 minggu. Bagi tanah pula, untuk persediaan tanam pokok, gaulkan tanah dengan tahi ayam reput sebanyak 25kg untuk 50 meter persegi.

3) Apakah jenis baja yg palig baik untuk pemulaan anak pokok cili padi Guna baja 15:15:15 untuk permulaan anak pokok cili padi.

4) Bagaimana cara penggunaan baja fertigasi A+B ?

Diberi pada pokok cili padi 4-5 kali sehari. Tapi bukan banyak sekaligus. Baja tu perlu dicampur dengan air dengan kadar yang betul (sikit saja). Dalam media fertigasi (sekam atau sabut atau kedua-duanya sekali) tiada baja atau nutrien. Sebab tu baja diberi setiap kali pengairan. Mudah ja, hanya campurkan baja dalam air ikut sukatan, kemudian pam akan salurkan baja ke pokok cili padi mengikut masa yang ditetapkan, 5-10 minit (titis saja) secara automatik menggunakan timer.Seperti juga manusia, pokok juga perlukan makanan yang cukup dengan kadar yang betul. Kalau tanaman secara konvensional, baja ditabur disekeliling pokok, tapi kadang-kadang terlebih baja, membazir, kadang-kadang tak cukup baja, kurus la pokok tu. Sebagai contoh, baja diberi pada pokok pada jam 9.00am selama 5 minit. Sesi seterusnya adalah pada jam 11am. 5 minit air baja yang dialirkan pada jam 9.00am tu cukup untuk pokok gunakan untuk buat makanan selama 2 jam. Kemudian pokok cili padi akan dapat air baja semula pada jam 11am, sesi seterusnya pada jam 1pm dan seterusnya.Kuantiti air baja yang diberi selama 5 minit secara titis tu hanya separuh mug saja. Pokok buat makanan melalui proses fotosintesis, baja digunakan dalam proses buat makanan (fotosintesis).

5) Pokok cili padi pada mulanya subur..tapi tiba-tiba menjadi layu dan akhirnya mati. pada daun,ranting dan batang terdapat sesuatu bewarna putih seperti debu-debu. apakah penyakit ini dan bagaimanakah untuk mengatasinya?apakah racun yang diperlukan?

Kalau bena putih, guna Pegasus atau Confidor.



GO TO: Belajar berniaga ebay Panduan Menternak Ikan TalapiaSayuran bendi Penanaman cili padi Ikan puyu dalam polytank Climbing perch Penanaman serai kampung Lemongrass

- Home -

Thursday, April 29, 2010

Pertanian | Penanaman cili padi | sumber pendapatan sampingan




Penanaman pokok cili padi untuk pendapatan sampingan.

PENYEDIAAN TANAH:
Di Ladang – Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. penanaman pokok cili padi dalam Pasu atau Bekas – Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.
Nota: Digalakkan menggunakan baja organik bukan berasaskan najis haiwan untuk penanaman cili.

MENYEDIA ANAK BENIH
Bagi penanaman pokok cili padi di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm(4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5g biji benih dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis
tanah. Jarak penanaman pokok cili padi ialah 5 cm (2 inci) antar baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang. Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

PENANAMAN
Di Ladang – penanaman Anak benih pokok cili padi boleh terus diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang di gali. Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 150 cm (60 inci) antara baris.
Dalam Pasu atau Bekas – Semai terus 3 atau 4 biji benih pokok cili padi kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu selepas 2 minggu ditanam.

PENJAGAAN
Menyiram – Siram pokok cili padi pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja penanaman pokok cili padi:

DiLadang – Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok cili padi dengan kadar 1 sudu besar atau 10g sepokok setiap 2 minggu.
Dalam Pasu atau Bekas – Tabur sebanyak 1 sudu the atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di kelliling pokok setiap minggu.

SUNGKUPAN
Di Ladang - Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Selalunya sungkupan plastik di gunakan di ladang.
Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan rumput-rumput kering atau sabut kelapa.

MERUMPUT
Bersihkan batas atau pasu daripada rumpai dengan mencabut, menggunakan cangkul atau tajak.

KAWALAN SERANGGA DAN PENTAKIT
Bintik Daun – Sembur racum kulat Benomyl
Antraknos Buah – Sembur racun kulat seperti mancozeb
Kutu Daun – Sembur racun serangga chlorphyrifos atau Imidachloprid
Hamama Merah – Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Kerekot Daun dan Mozek Daun – a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun.Oleh itu kawalan kutu daun adalah penting.
b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit
Layu Pokok (Layu Bakteria) – Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok cili padi yang berpenyakit.
Tentukan saliran tanah yang baik.

PENUAIAN:
Di Ladang – Cili padi boleh dipetik selepas 8 minggu dubah ke ladang. Pungutan dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m (500 kaki) persegi ialah 100 – 200 kg.
a) Cili Hijau – Anggaran harga antara RM4 – RM6 sekilo
b) Cili Merah – Anggaran harga antar RM5 – RM8 sekilo.
Dalam Pasu atau Bekas – Cili padi boleh di petik selepas 12 minggu ditanam. Anggaran hasil ialah 6 hingga 10kg sepokok.
Jika ditanam di dalam pasu, anda boleh menggunakan kawasan kosong di kawasan rumah anda. Secara tidak langsung boleh menjimatkan wang dapur anda dan boleh menjadi pendapatan sampingan anda.