Monday, October 12, 2009

Pertanian | Penanaman serai | kampung | pendapatan sampingan


























Penanaman serai kampung.

Penanaman serai kampung sangat mudah. Anda boleh menanam secara kecil-kecilan di kawasan rumah. Secara tidak langsung membolehkan anda memperolehi pendapatan sampingan dan dapat menjimatkan wang pembelanjaan dapur. Di sini saya sediakan cara Penanaman serai kampung untuk anda.

Penanaman serai kampung :

Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m.

PEMBAJAAN
Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah. Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang. Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah. Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas di tabur dan digaul kedalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan. Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam.

Baja asas : Sebatian NPK 12:12:17:2
Baja Tambahan : Urea setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.

KAWALAN RUMPAI
Penanaman serai kampung perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya diperingkat awal pertumbuhan. Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi. Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.

PENUAIAN
Penuaian Penanaman serai kampung untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6 hingga 8 bulan selepas ditanam. Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul. Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10 – 15 cm.

TEMPAT JUALAN
1) Pasar
2) Warong Tomyam
3) Rakan-rakan





No comments: