PENGENALAN
Nama Tempatan :
Ikan Talapia Hitam / Ikan Talapia Merah
Nama Inggeris :
Black Talapia/ Nile Bream
Nama Saintifik :
Oreochromis niloticus
Kadar tumbesaran:
Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan
Harga pasaran :
450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg
MENGAPAKAH IKAN TALAPIA POPULAR:
i. Mempunyai pasaran
ii. Tumbesaran yang cepat
iii. Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran
iv. Tulang yang sedikit
v. Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran
vi. Tahan kepada perubahan persekitaran
vii. Tempoh menternak yang singkat
viii. Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada
ix. Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk
KRITERIA PEMILIHAN DALAM TAPAK KOLAM
1. Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
2. Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
3. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.

4. Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
5. Senang untuk memasarkan ikan talapia.
PEMBINAAN KOLAM
1. Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.
2. Bersihkan kawasan di mana kolam talapia akan dibina.
3. Korek kolam – menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.
4. Kedalaman kolam talapia yang sesuai = lebih kurang 4 – 5 kaki.
5. Komponen utama kolam talapia yang perlu ada/ dibina :

a. Batas atau ban – pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).
b. Saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.

PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN
1. Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan talapia daripada jangkitan penyakit.
2. Buang lumpur pada dasar kolam talapia kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
3. Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam talapia. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:

a. Meningkatkan pH air
b. Mengeraskan dasar kolamc. Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan talapia dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
d. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
e. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.

f. Selepas dasar kolam talapia kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam
g. Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan talapia ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan).
h. Setelah dibajai, kolam talapia dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.

PELEPASAN BENIH IKAN TALAPIA
1. Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.
2. Biasanya benih ikan talapia yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan talapia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.
PEMAKANAN
1. Ikan Talapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).

2. Terdapat 3 punca utama iaitu :
a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.

3. Cara pemberian makanan :
a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam talapia.
b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.

4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
5. Ikan talapia perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang.

AKTIVITI HARIAN
Pemeriksaan ke atas kolam talapia biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:
1. Memberi makanan
2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
3. Memeriksa kualiti air.
4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
5. Mengawal rumpair
6. Mengawal pemangsa
7. Membuat catatan harian

PENUAIAN
1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan talapia yang hendak dituai iaitu samada :
a. Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
b. Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam talapia sepenuhnya.

2. Umumnya tidak semua ikan talapia yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam talapia khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.
GO TO: Belajar berniaga ebaySoal jawab cara menanam pokok cili padiSayuran bendiPenanaman cili padiIkan puyu dalam polytankClimbing perchPenanaman serai kampungLemongrass
- Home -
No comments:
Post a Comment