Sunday, January 1, 2012

Pertanian | Kursus | Bidang | Bercucuk tanam | pertanian | percuma | 2012

Pertanian | Kursus | Bercucuk tanam | pertanian | percuma | 2012
Dari Keratan KOSMO 2/01/2012:





SERDANG - Jabatan Pertanian menyediakan kursus pengurusan kebun selama lapan bulan secara percuma kepada orang awam yang benar-benar berminat untuk bercucuk tanam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Rosley Datuk Khalid berkata, kursus berkenaan dinamakan Inkubator dan pihaknya akan mengajar peserta terpilih mengenai teknik penanaman sehingga mereka mahir termasuk latihan praktikal di kawasan tanah seluas dua hektar.

"Kami mahu lebih dekat dengan masyarakat. Jika mereka ada masalah bercucuk tanam, mereka boleh terus ke cawangan kami untuk mendapatkan khidmat tunjuk ajar," katanya selepas melancarkan Hari Rakan Kebun Anda di sini semalam.

Menurut Rosley lagi, sebelum ini, orang ramai hanya tahu Jabatan Pertanian hanya membuat kajian dan menjalankan tanaman berbentuk komersial sahaja tetapi kini peranan semakin berkembang dan masyarakat perlu mengetahuinya.

Tambahnya, pihaknya kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang diperlukan dengan pelbagai panduan penanaman yang betul termasuk teknik menggunakan baja secara tradisional.

Setakat ini, jelas beliau, pelajar di jabatannya terdiri daripada lepasan universiti yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan betul cara menanam pokok.

Sila layari

http://www.doa.gov.my/web/guest/program_inkubator_usahawan_belia_tani

No comments: