BIOLOGI IKAN PUYU
Phylum : ChordataSub Phylum :
VertebrataKelas : PiscesSub
Kelas : TeleosteiOrdo
: LabytinthichiFamili
: AnabantidaeGenus
: AnabasSpecies
: Anabas testudineus Bloch
Nama Daerah : Betik Jawa dan Sunda, Papuyu (Banjarmasin), Puyu (Malaysia) dan Kalimantan Timur, Geteh-geteh (Manado).
Ikan puyu atau climbing perch adalah sejenis ikan air tawar Malaysia yang enak di makan bila dibuat pekasam,goreng rangup dan sebagainya. Pasaran ikan ini adalah tertumpu kepada kepada penggemar ikan air tawar di selatan dan utara. Oleh itu ia nya digemari oleh orang Melayu dan Siam. Pendatang Bangladesh juga mengemari ikan ini.Di Thailand ikan ini di jual pada harga antara 90 ke 130 bath atau rm9-rm13 sekilo. Harga pasaran di Malaysia ialah antara RM12-RM15 dengan harga ladang antara RM7-RM9. Saiz yang sesuai untuk di jual ialah antara 180-250 gm seekor.
Untuk mencapai usia matang, ikan ini mengambil masa selama 120-150 hari. Ikan puyu jantan matang beratnya hanya 150gm sementara ikan betina antara 180-250gm. Selalunya ikan puyu ini adalah 40 peratus betina dan 60 peratus jantan. Atas sebab itu, di Thailand ramai penternak akan menternak hanya puyu betina. Untuk menjadikan kebanyakan ini menjadi betina, hormon akan di beri kepada ikan pada masa ia kecil.Ikan ini sesuai diternak dalam kolam tanah dengan jumlah ternakan sebanyak 3.5 ekor sekaki persegi atau dalam kolam 40 kali 100 kaki, sebanyak 10-12k ikan ini boleh di masukan.
Pemilihan kolam
-Untuk pemilihan kolam anda perlulah mengetahui kolam mana yang sesui dgn ikan yang anda hendak ternak,bagi pendapat saya kolam untuk ternak ikan puyu saya gunakan kolam fiber tank ia memberikan ikan puyu saya pertumbuhan yang cepat..
-Bagi sesiapa yang mempunyai tanah yang banyak,saya cadngkan ternakkan yang paling baik ialah kolam tanah sebab habitat ikan ini datang nya dari persekitaran neutral dari tanah, untuk kolam tanah 20'x40' boleh memuatkan ikan puyu lebih kurang dalam 10k.Untuk pembesaran ikan air tawar,kolam tanah memberi jangka masa pembesaran lebih cepat berbanding kolam-kolam lain.
-Untuk penternak yang kekurangan modal boleh la melakukan ternakan secara penggunaan kanvas,kerana penggunaan kanvas lebih murah berbanding ternakan menggunakan fiber tank dan poly tank.
-disini ada beberapa jenis sistem yang dapat penternak gunakan:-
polytank
kolam simen
kolam tanah
sistem RAS
fiber tank
-Cara membentuk kolam kita dengan keadaan persekitaran yang menyerupai makanan organik dengan :
masukkan keladi bunting
tanam kangkung didalam kolam
masukkan juga kiambang
masukakn juga kemeling
Kebanyakkan orang memilihara ikan puyu siam. Kerana saiznya yang lebih besar dari ikan puyu biasa.
Dengan memilihara ikan puyu, dapat menjadi sumber pendapatan sampingan anda.