Monday, December 17, 2012

Pertanian | Pelancaran | Buku | Ilmiah | Terbitan | Mardi | sumber | pendapatan sampingan

PERTANIAN | PELANCARAN | BUKU | ILMIAH | TERBITAN | MARDI | sumber |  pendapatan sampingan.
 

Serdang, 30 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menerbitkan beberapa buku ilmiah yang dapat dijadikan bahan rujukan yang sangat berguna terhadap masyarakat dan usahawan yang berminat dalam sektor pertanian. Untuk menambah sumber pendapatan sampingan.

Buku-buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh para usahawan, pertani mahupun pelajar kerana mempunyai maklumat lengkap. Ianya ditulis oleh para pegawai penyelidik MARDI yang berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu.

Buku-buku ilmiah tersebut telah dilancarkan oleh Y.B Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Antara buku-buku yang telah diterbitkan adalah Buku Mekanisasi Pengeluaran Makanan adalah buku berbentuk monograf bersiri yang menghuraikan teknologi mekanisasi pengeluaran makanan yang telah dihasilkan di MARDI.

Penerbitan ini menghasilkan tiga teknologi mekanisasi bagi menghasilkan produk telur masin, keropok lekor dan karipap segera.

Penerbitan buku Panduan Pelaburan dan Kos Pengeluaran Ternakan pula merupakan satu usaha MARDI untuk memindahkan maklumat dan pengetahuan daripada dapatan penyelidikan untuk kepentingan pembangunan industri ternakan negara.

Maklumat asas yang dipapar dalam buku ini dijangka dapat menarik minat pembaca terhadap industri ternakan bagi membantu mereka membuat keputusan untuk melabur dan melibatkan diri dalam industri ternakan.

Selain itu, buku Banana Collection in Malaysia diterbitkan untuk memberi maklumat bergambar yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar, saintis, pengusaha, usahawan atau orang orang awam yang berminat dengan tanaman pisang. Buku yang diturut dilancarkan adalah buku Penanaman Nanas Berjentera.

Buku Manual penanaman nanas berjentera bertujuan menyediakan panduan asas aspek-aspek terkini dan memberikan maklumat lengkap dalam penggunaan teknologi jentera dan mekanisasi dalam pengeluaran nanas di tanah mineral. Turut hadir ke majlis ialah Y.Bhg Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman, Ketua Pengarah MARDI. Jadikan la  sektor pertanian sebagai sumber pendapatan sampingan. (sumber dari laman web Mardi)

No comments: