
Pertanian cara tanam timun dalam pasu dan bekas.
1) Dalam pasu timun dan bekas-bekas lain
-Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
-Isikan pasu timun dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
Cara tanam
-Semai terus 2 biji benih timun dalam pasu sedalam 2.5 cm.
-Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.
Penjagaan timun
-Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.
Menyedia Junjung timun
-Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih timun dan dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas.
-Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan sokongan yang kuat.
Menyiram timun
-Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.
Membaja
-Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu.
No comments:
Post a Comment