Monday, June 21, 2010

Perniagaan | Gaya pos | sumber pendapatan sampingan



Perniagaan Gaya pos sumber pendapatan sampingan

Berikut ini dinyatakan langkah-langkah terbaik dan hasil daripada kajian dan juga pengalaman pakar-pakar usahawan secara gaya pos di seluruh dunia.

Anda boleh mengikuti kaedah yang diberikan di samping anda membuat kajian dan juga ujian untuk mendapatkan pengalaman dan kaedah yang terbaik. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik di dalam sebarang usaha ialah dengan melalui proses CUBA dan GAGAL. Setelah mendapat satu kegagalan dan jika kita dapatmengatasi masalah yang berbangkit yang menyebabkan kegagalan tersebut,sudah tentu kita akan mengetahui kelemahan tersebut.Dengan itu kita menjadi lebih baik, bijak dan boleh dengan mudah mengatasi masalah tersebut. Pengalaman tersebut akan memajukan lagi perniagaan kita walaupun ianya diusahakan secara kecil pada peringkat awal ini. Selamat mencuba dan cubalah dengan sungguh-sungguh supaya hasilnya adalah yang terbaik.

1. Bacalah semua subjek dan perkara mengenai perniagaan gaya pos dan gunakanlah segala pengetahuan tersebut untuk membina perniagaan untuk sumber pendapatan sampingan anda itu.

2. Pada peringkat awal adalah lebih baik jika anda memulakan perniagaan ini secara sambilan terlebih dahulu sehinggalah anda sudah mulai memperolehi keuntungan sebenar. Kemudian kembangkanlah perniagaan untuk sumber pendapatan sampingan anda itu sehinggalah anda boleh menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa.


3. Anda mestilah tekun melakukan kerjaya baru anda itu sehinggalah anda berjaya memperolehi sumber pendapatan sampingan. Berikan peluang kepada diri anda untuk mencuba dan melakukannya sehingga berjaya. Jadikan halangan dan kegagalan terdahulu sebagai batu loncatan untuk membina kejayaan.


4. Belilah barang keperluan alat-alat tulis seperi resit-resit, bil-bil, rubber stamp, adhesive label, letter head, sampul surat dan jika mampu beli sebuah mesin taip atau komputer. Ini dapat menghasilkan satu kerja yang bermutu dan lebih professional.


5. Rancanglah tempat atau kawasan untuk anda beroperasi supaya ianya mudah dilakukan. Contohnya seperti alamat untuk urusan gaya pos supaya ianya boleh berjalan lancar dan mudah dihubungi.


6. Binalah perniagaan anda yang berhubung kait dengan cara meningkatkan sumber pendapatan sampingan kewangan, atau money-making plan. Bacalah mengenai cara pengiklanan dan pengurusan dan segala maklumat berkaitan dengan kaedah ini supaya ia dapat membantu anda memperolehi pulangan yang lumayan. Berikan perkhidmatan yang terbaik dan berikan kepada pelanggan anda pilihan yang terbaik sekali.


7. Pilihlah produk atau perkhidmatan yang menarik minat dan hati anda dan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Produk yang paling baik untuk dijual secara gaya pos ialah berupa maklumat berkaitan masalah meningkat sumber pendapatan sampingan kewangan.


8. Periksalah bahan-bahan bercetak yang boleh anda beli, pastikan anda boleh mendapat bahan bercetak yang boleh dicetak dan dijual semula.Dengan itu anda boleh mencetaknya semula dan menjualnya tanpa menghadapi masalah bekalan. Ini adalah cara terbaik untuk menjalankandan memulakan perniagaan gaya pos.


9. Pastikan pesanan daripada pelanggan anda boleh berikan tepat pada masanya dengan kualiti yang terbaik dan mereka cukup berpuas hati dengan perkhidmatan anda.


10. Tawarkan kepada pelanggan anda beberapa produk susulan selepas mereka membeli produk yang pertama dan kirimkan surat jualan ataupun katalog yang bermutu kepada mereka.


11. Tawarkan kepada pelanggan anda JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN untuk produk-produk yang tidak diberikan tawaran istimewa atau tidak diberikan harga potongan.


12. Gunakan bahan bercetak yang bermutu, jangan gunakan katalog dan surat jualan yang fotokopi dengan kabur dan kotor. Bahan bagi sesuatu produk yang anda jual akan memberikan kesan terus atau reflek kepada anda sendiri sebagai usahawan.


13. Sentiasalah rekodkan barang-barang yang anda gunakan, begitu juga dengan iklan-iklan yang anda siarkan. Rekodkan yang mana satu telah menghasilkan jualan yang baik dan yang mana pula tidak menghasilkan jualan yang sepatutnya. Dengan itu jika ada masalah anda boleh membuat perubahan dengan mudah.


14. Di dalam iklan yang anda siarkan, gunakanlah perkataan MAKLUMAT PERCUMA- untuk keterangan lanjut sila berikan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri dan sebagainya yang boleh membantu jualan produk anda. Jangan meminta bayaran melebihi RM1 atau RM2 bagi iklan sekecil 1x2 inci yang anda buat.


15. Buatlah seberapa banyak iklan di dalam beberapa banyak penerbitan seperti akhbar atau majalah yang anda ketahui jumlah edarannya melebihi 10,000 naskah setiap kali.


16. Tukarlah penerbitan yang tidak berkesan supaya anda boleh mencapai sasaran jumlah pembaca yang besar untuk melihat iklan anda.


17. Gunakanlah idea yang diberikan oleh pembekal kerana iklan-iklan mereka ditulis dan dihasilkan oleh pakar di dalam bidang iklan.


18. Jangan menulis sebarang iklan sebelum anda mengkaji sepenuhnya, dan sebelum anda mengetahui subjeknya. Sebaiknya anda belajar dan kajilah mengenai iklan dari pesaing atau pengiklan lain.


19. Jangan bimbang dan takut untuk mendapatkan bantuan dari pakar penulis iklan atau professional yang mengetahui cara untuk meningkatkan pesanan.


20. Kebanyakkan surat jualan atau pun katalog yang disertakan borang pesanan dan menawarkan produk yang berharga sekitar RM20 kebawah akan menghasilkan jualan yang lebih baik.


21. Buat iklan anda di dalam penerbitan yang mana para pembacanya mempunyai minat untuk membaca iklan-iklan seperti yang anda siarkan.


22. Jika anda mempunyai kadar kiriman melebihi 300 pucuk surat, anda boleh memohon permit untuk bulk mailing atau franking di pejabat-pejabat pos.


23. Hantarkan pesanan kepada pelanggan anda dengan segera. Paling minima dalam masa kurang daripada 15 hari. Dan mestilah menggunakan kadar bayaran pos yang betul.


24. Beritahu kepada pelanggan anda jika pesanan mereka terpaksa dihantar lewat kerana masalah bekalan dan sebagainya.


25. Jadilah peniaga yang jujur. Jika ada pesanan yang dikembalikan semula berikan wang mereka semula.Perkara-perkara yang disenaraikan dibatas adalah merupakan kaedah yang boleh membantu meningkatkan pendapatan anda dengan lebih drastik lagi.


Anda tidak perlu mempelajari kaedah perniagaan yang begitu kompleks dan rumit seperti kaedah pengurusan korporat. Anda juga tidak perlu membelanjakan wang yang begitu banyak untuk mengaji pekerja, menyewa premis perniagaan (kedai) atau menyewa pejabat untuk menjalan perniagaan gaya pos anda.


Anda boleh melakukan kerja-kerja ini di rumah, boleh dilakukan di bilik tidur,di dapur rumah anda atau di mana-mana sudut rumah anda. Anda boleh melakukannya dengan selesa, anda boleh menikmati keseronokkan hidup sebenar dengan masa lapang yang banyak, mendapat sumber pendapatan sampingan yang lumayan.


Perniagaan menjual maklumat secara gaya pos memang sangat menguntungkan.Jika anda mempunyai hanya satu produk seperti laporan atau panduan, dan jika dilakukan secara terus menerus dan tetap ianya boleh menghasilkan pendapatan sampingan minima sebanyak RM3,000 sebulan.Kami pasti anda boleh melakukannya dan boleh menjadi seorang yang berjaya dan kreatif.


Nasihat kami ialah jika anda sudah berkemampuan,belilah sebuah komputer untuk meningkatkan lagi pengurusan dan kerja anda. Sekian dari kami, selamat maju jaya dan salam bahagia.

Thursday, June 10, 2010

Perikanan | Ternakan ikan sangkar | sumber pendapatan sampingan

Perikanan Ternakan ikan sangkar sumber pendapatan sampingan





Ternakan Ikan Sangkar sumber pendapatan sampingan

Latarbelakang Projek Ternakan Ikan Sangkar

Projek Ternakan Ikan Sangkar ini dipilih memandangkan Daerah Pekan mempunyai kawasan yang sesuai untuk projek ini di Sungai Pahang yang luas.

Projek Ternakan Ikan Sangkar ini sudah menjadi antara aktiviti ekonomi utama yang terbukti memberi hasil yang baik kepada pen-gusaha.

Latarbelakang Peserta:

Peserta daripada golongan Miskin daripada senarai eKasih Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Peserta akan ditempatkan bersama dengan (Mento) yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ternakan ikan sangkar khususnya ter-nakan ikan Patin dan Talapia.

Peserta akan mendapat tunjuk ajar secara terus dalam proses pengurusan ternakan dan sebagainya.

Latarbelakang Mentor:

Mentor mengusahakan ikan ternakan ikan dari tahun 2004 bersama FAMA dan mempunyai bilangan sangkar sebanyak 24 buah, lapan buah ( 10 x 10) dan 16 (20 x 10) sangkar.

Memiliki pusat jualan ternakan ikan sangkar milik sendiri, yang dibantu khusus oleh FAMA.

Hasil Ternakan Ikan Sangkar di gerai jualan runcit yang dibangunkan oleh FAMA di bawah Cawangan Akualkultur.

Hasil Ternakan Ikan Sangkar diambil oleh pemborong/peraih untuk memenuhi pasaran tempatan.

Kos Pengeluaran Bagi Peserta:

Kos pengeluaran yang terlibat bagi aktiviti ini adalah :
Sangkar ternakan 20 kakix 10 kaki : 3,500 /unit
benih ikan : RM 720.00/sangkar
makanan ikan : RM3,795 /sangkar seh-ingga boleh dipasarkan
elaun sara hidup : RM 350 x 5 Bulan = RM 1750,00 lain-lain peralatan kecil dan pentadbi-ran : mengikut keperluan semasa.

Kos keseluruhan pengeluaran peringkat pertama melibatkan 2 unit sangkar berukuran 20 kaki x 10 kaki = RM19,240.00 termasuk elaun sara hidup RM 350 / Bulan.

Kos untuk pusingan kedua dan sete­ rusnya adalah dianggarkan sebanyak RM10,780. Semua kos pusingan pertama di atas akan ditanggung oleh pihak FAMA dan disalurkan secara bersistem dan berperingkat serta dipantau oleh pega-wai FAMA dan juga mentor yang dilantik.

Manakala kos operasi pusingan kedua akan diambil dari keuntungan jualan pusingan pertama dan seterusnya.

Pulangan:

Berdasarkan kepada kos-kos yang terli-bat di atas, perkiraan pulangan akan dibuat di atas perbelanjaan modal operasi semusim dan selepas itu akan membawa kepada pengiraan pulan-gan modal yang dilaburkan bagi pembinaan sangkar ternakan.

Perkiraan bagi pulangan semusim (ikan tilapia dan patin) bagi dua sangkar adalah benih ikan : RM720 x 2 = RM1,440.
makanan ikan : RM3,795 x 2 = RM7,590
Pendahuluan sara hidup peserta : RM350 x 5 bulan = RM1,750
jumlah kos pengeluaran : RM10,780
harga jualan : RM8.00/kg
purata kasar kuantiti ternakan yang dikeluarkan : 1000kg/sangkar
jumlah jualan : RM8.00 x 2000 kg = RM16,000
keuntungan : RM16,000 - RM10,780 = RM5,520/semusim.

Ini adalah perkiraan kasar yang dibuat bagi semusim. Bilangan sangkar yang dicadangkan kepada setiap peserta adalah sebanyak dua buah sangkar
menepati jumlah pendapatan yang digariskan. Jika dicampurkan dengan elaun sara hidup setiap bulan dan keuntungan jualan dihujung musim, peserta akan mendapat sumber pendapatan sampingan kasar sebulan sebanyak RM1,044.

Kawalan:
Semua projek yang dicadangkan ini akan dipantau oleh mentor yang dilantik disamping pegawai FAMA di Daerah Pekan ini, di mana lokasi sang-kar adalah berhampiran dengan men-tor ataupun bersama dengan mentor.

Peserta pula akan diwajibkan mengikuti beberapa peraturan :

kursus ternakan

kursus pengurusan ikan dan sangkar buku kedatangan kerja dan rekod kewangan buku akaun AGROBANK.

Peserta:

Jumlah peserta yang dicadangkan adalah seramai 10 orang / sebagai peserta sokongan.

Peserta yang dipilih ini adalah mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai Pahang.

Pasaran:

Semua hasil dibeli oleh FAMA sen­ diri melalui Pusat Operasi Akuakultur Lanchang dan juga diuruskan oleh mentor. Harga yang ditawarkan adalah mengikut persetujuan pusat dengan bersandarkan harga pasaran semasa.

FAMA juga menggalakan pengusaha menjual sendiri secara kecil-kecilan bagi membolehkan hasil sumber pendapatan sampingan.