Pertanian | 
Kursus | 
Bercucuk tanam | pertanian | 
percuma | 
2012
Dari Keratan KOSMO 
2/01/2012:
 
SERDANG - 
Jabatan Pertanian menyediakan 
kursus pengurusan kebun  selama lapan bulan secara 
percuma kepada orang awam yang benar-benar  berminat untuk 
bercucuk tanam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Rosley Datuk Khalid berkata,
 kursus  berkenaan dinamakan Inkubator dan pihaknya akan mengajar peserta  terpilih mengenai teknik 
penanaman sehingga mereka mahir termasuk  latihan praktikal di kawasan tanah seluas dua hektar.
"Kami mahu lebih dekat dengan masyarakat. Jika mereka ada masalah
  bercucuk tanam, mereka boleh terus ke cawangan kami untuk mendapatkan  khidmat tunjuk ajar," katanya selepas melancarkan Hari Rakan Kebun Anda  di sini semalam.
Menurut Rosley lagi, sebelum ini, orang ramai hanya tahu 
Jabatan  Pertanian hanya membuat kajian dan menjalankan tanaman berbentuk  komersial sahaja tetapi kini peranan semakin berkembang dan masyarakat  perlu mengetahuinya.
Tambahnya, pihaknya kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang  diperlukan dengan pelbagai panduan 
penanaman yang betul termasuk teknik  menggunakan baja secara tradisional.
Setakat ini, jelas beliau, pelajar di jabatannya terdiri daripada  lepasan universiti yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam  dan betul cara 
menanam pokok.
Sila layari
http://www.doa.gov.my/web/guest/program_inkubator_usahawan_belia_tani