Tuesday, May 25, 2010

Pertanian | cara | tanam timun | dalam pasu | bekas



Pertanian cara tanam timun dalam pasu dan bekas
.

1) Dalam pasu timun dan bekas-bekas lain

-Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
-Isikan pasu timun dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

Cara tanam

-Semai terus 2 biji benih timun dalam pasu sedalam 2.5 cm.
-Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

Penjagaan timun
-Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.

Menyedia Junjung timun
-Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih timun dan dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas.
-Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan sokongan yang kuat.



Menyiram timun
-Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.


Membaja

-Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu.

Monday, May 17, 2010

Pertanian | Panduan cara nak buat | racun serangga | organik

Panduan cara nak buat racun serangga organik
Racun serangga organik

Bahan-bahan:
600ML Air bersih
100 ML Molases
100mL spirit
100ML Cuka asli
100ML EM

Panduan cara nak buat boleh tambah hirisan halia atau cili peram selama 8 hari bila nak guna cairkan 1:500pH kurang 3.7 simpanan sehingga 6 bulan e.g Tong 16 liter pengiraan adalah 1/500 x 16 jadi hanya guna 0.032 liter iaitu 32 ML shj. Penyediaan racun organik EM
- sediaan racun dibuat berdasarkan resepi di atas dan dibiarkan selama 8 hari sebelum ditapis
- pada hari ke-8 campuran serangga organik sudah siap digunakan setelah ditapis dalam vol. 1 liter.

2) Racun serangga neem oil/minyak semambu.

panduan cara nak buat campuran untuk 10 liter :-1 liter air + 10 ml cecair cuci pinggan + 50 ml neem oil dan ditambah air utk volume 10 liter.

3) Racun serangga bhn asas tumbuhan hijau (pokok pitaya)
-campuran EM + molasess + daun2 ada unsur perubatan (bawang putih, cilikering,daun buluh, mengkudu, asam keping dan batang pokok pitaya yang kaya aloe vera)
-Di peram selama 5 hari dan patinya dicampur air 1:10.- penggunaan : Sembur pokok 2 hari sekali.
-Tiada masalah reput batang…serangan serangga dan kulat juga kurang…

4) Racun serangga organik
Bahan2
100ml EM
1100ml Gula Merah
200gm bawang putih
200gm cili kering
200gm daun buluh @ daun kari @ daun asam gelugor @ asam jawa
200gm batang aloevera (lidah buaya)
200gm sebarang daun-daun tumbuhan yang dikenalpasti bleh menghalau serangga tersebut.
20 liter air suling @ air sungai @ sebarang air tanpa klorin.

panduan cara nak buat campurkan semua bahan2 dan peram selama 6 hari. tapis bahan2 itu dan simpan airnya dalam bekas kedap udara. hampas boleh buat baja. untuk siram ke pokok.
100 ml air rendaman tadi + 10 liter air suling @ air hujan @ air sungai sembur pada pokok 2 hari sekali. kalau teruk setiap hari.

5) Racun serangga organik
Bahan2
- cili padi 10 biji tumbuk,
-1 liter air dan tapis sblum guna..
-Sabun cap kapak(potong kecik2) sbyk 100gram rebus dgn air
bahan-bahan dicampur dgn 10 liter air..letak dlm 1 bekas..apply 1/3 cawan racun dgn 1 liter air

Tuesday, May 11, 2010

Perniagaan | Belajar berniaga Ebay

Perniagaan Belajar berniaga Ebay

Anda mencari peluang perniagaan internet yang SEBENAR? Ingin belajar bagaimana menjalankan berniaga di ebay.

Ingin kecapi impian memiliki pendapatan 4 angka sebulan?
5 angka sebulan? Pendapatan sampingan atau tetap?

Tahukah anda semakin ramai rakyat Malaysia mula belajar berniaga ebay dengan tujuan meraih keuntungan atau pendapatan yang besar. Malah berjaya hingga mampu menjana puluhan ribu ringgit sebulan. Apakah kunci kejayaan mereka ini? Mereka melakukan KAJIAN MENYELURUH SECARA OPTIMUM UNTUK MEMILIH PRODUK YANG "HOT" UNTUK DIJUAL DI EBAY!! Ya, kajian yang berkesan adalah faktor utama kejayaan mereka. Mereka mempunyai teknik yang hebat di dalam membuat kajian PRODUK HOT!!..
Di sinilah jawapannya kerana saya akan membocorkan kepada anda rahsia bagaimana membuat kajian PRODUK HOT!! secara TOTAL dan BERKESAN yang saya gunakan selama ini. Hasil dari pengetahuan dan pengalaman ini, saya terjemahkan dalam bentuk ebook supaya memudahkan para pembaca memahami dan meneliti APAKAH TEKNIK RAHSIA MEMBUAT KAJIAN PRODUK HOT!! untuk diniagakan di ebay.

KENAPA ANDA PERLU belajar berniaga ebay? Untuk makluman anda, ebay merupakan laman membeli belah secara online, terbesar dan paling dikenali di seluruh dunia. 99.9999% transaksi yang berlaku laman web ebay boleh dipercayai!

Membuka akaun jualan di ebay adalah seperti membuka sebuah kedai di Kompleks Membeli Belah terbesar di dunia.

TERBUKTI!! Kos berniaga ebay yang amat rendah berbanding anda berniaga OFFLINE kerana traffic pembeli offline yang amat kecil dan terhad, di traffic sedia tinggi kerana anda didagangkan ke seluruh dunia!!

Setiap hari yang disenaraikan di laman web ebay mencecah lebih dari 6 juta. Terdapat pelbagai perniagaan /produk dijual seperti kesihatan, kecantikan, aksesori dan penjagaan kereta, hartanah, kereta baru dan terpakai, aksesori wanita, lelaki dan kanak-kanak, pakaian, buku, novel, DVD, permainan elektronik, gajet, telefon bimbit dan bermacam-macam produk lagi.

Setiap 13 minit sebuah pemain MP3 berjaya terjual. Manakala seutas jam tangan berjaya dijual setiap 2.2 minit!!!

Ini adalah realiti. Bukan seorang dua yang berjaya menjadikan laman web ebay sebagai lubuk emas mereka menjana pendapatan lumayan, malah telah beribu-ribu orang berjaya sejak ebay dilancarkan kepada umum pada 1998!

"PANDUAN ASAS DAN ADVANCE EBAY"



Panduan Asas dan Advance eBay ini telah saya hasilkan dengan tujuan untuk berkongsi dengan anda segala-galanya yang saya tahu mengenai cara untuk menjalankan perniagaan ebay.

Yang paling penting, bagaimana membuat kajian ADVANCE produk HOT!! secara terperinci dan optimum tidak kira anda baru sahaja bermula (NEWBIE) ataupun (EXPERT), tetapi masih lagi tidak tahu atau mahir melakukan kajian yang tepat dan berkesan untuk mengkaji produk-produk hot fizikal, digital atau dropshipper di eBay.

RAHSIA SULIT yang akan saya bongkarkan ini di mana anda boleh mengetahui JUALAN DAN PENDAPATAN HEBAT TOP-TOP SELLER di eBay seluruh dunia berdasarkan produk yang mereka jual. Sudah semestinya dengan mengetahui pendapatan dari jualan produk HOT mereka, anda juga boleh berjaya seperti mana mereka dengan hanya mengikut teknik-teknik TOP-TOP SELLER eBay di serata dunia. Ikut sahaja jejak langkah mereka, saya jamin anda pasti meraih pendapatan berlipat kali ganda!! selamat belajar berniaga ebay.




GO TO: LemongrassPenanaman serai kampungClimbing perchIkan puyu polytankPenanaman Cili PadiSayuran bendiSoal Jawab Cara menanam pokok Cili PadiPanduan menternak Ikan Talapia

Monday, May 10, 2010

Perikanan | Panduan Menternak | Ikan Talapia | Pemilihan | Pembinaan | Dalam Kolam | sumber pendapatan sampingan

Panduan Menternak Ikan Talapia Pemilihan Tapak Dalam Kolam.




PENGENALAN

Nama Tempatan :

Ikan Talapia Hitam / Ikan Talapia Merah

Nama Inggeris :

Black Talapia/ Nile Bream

Nama Saintifik :

Oreochromis niloticus

Kadar tumbesaran:

Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan
Harga pasaran :

450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg




MENGAPAKAH IKAN TALAPIA POPULAR:

i. Mempunyai pasaran
ii. Tumbesaran yang cepat
iii. Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran
iv. Tulang yang sedikit
v. Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran
vi. Tahan kepada perubahan persekitaran
vii. Tempoh menternak yang singkat
viii. Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada
ix. Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk



KRITERIA PEMILIHAN DALAM TAPAK KOLAM

1. Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
2. Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
3. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.

4. Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
5. Senang untuk memasarkan ikan talapia.



PEMBINAAN KOLAM



1. Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.
2. Bersihkan kawasan di mana kolam talapia akan dibina.
3. Korek kolam – menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.
4. Kedalaman kolam talapia yang sesuai = lebih kurang 4 – 5 kaki.
5. Komponen utama kolam talapia yang perlu ada/ dibina :
a. Batas atau ban – pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).
b. Saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.



PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN

1. Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan talapia daripada jangkitan penyakit.
2. Buang lumpur pada dasar kolam talapia kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
3. Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam talapia. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:
a. Meningkatkan pH air
b. Mengeraskan dasar kolamc. Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan talapia dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
d. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
e. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.
f. Selepas dasar kolam talapia kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam
g. Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan talapia ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan).
h. Setelah dibajai, kolam talapia dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.


PELEPASAN BENIH IKAN TALAPIA
1. Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.
2. Biasanya benih ikan talapia yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan talapia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.


PEMAKANAN

1. Ikan Talapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).
2. Terdapat 3 punca utama iaitu :
a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.
3. Cara pemberian makanan :
a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam talapia.
b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.
4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
5. Ikan talapia perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang.

AKTIVITI HARIAN

Pemeriksaan ke atas kolam talapia biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

1. Memberi makanan
2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
3. Memeriksa kualiti air.
4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
5. Mengawal rumpair
6. Mengawal pemangsa
7. Membuat catatan harian

PENUAIAN

1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan talapia yang hendak dituai iaitu samada :
a. Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
b. Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam talapia sepenuhnya.
2. Umumnya tidak semua ikan talapia yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam talapia khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.
- Home -

Sunday, May 9, 2010

Pertanian | Soal Jawab cara menanam | jarak | batas | tanah | baja | fertigasi | cantasan | pokok cili padi | sumber pendapatan sampingan

Soal Jawab cara menanam jarak batas tanah baja fertigasi cantasan pokok cili padi

1) Bila cantasan batang pokok cili padi dibuat ?

Bila membesar, pokok cili padi akan ada 1 batang utama, kemudian keluar dahan yang lain. Jadi, kalau nak buat cantasan, untuk mengenalpasti apa yang perlu dicantas, tunggu sehingga batang utama mengeluarkan 2 dahan kat atas (kita akan nampak seperti huruf Y), semua daun atau tunas yang keluar di bawah 2 dahan kat atas tu dicantas.

2) Panduan bagaimana hendak menanam, jarak antara pokok dan batas untuk pokok cili padi dan bagaimana pula dengan tanah dan jenis baja ?

Jarak tanaman adalah 90cm antara pokok dan 150cm antara baris. Tabur baja NPK 12:12:17:2 di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar @ 10g setiap 2 minggu. Bagi tanah pula, untuk persediaan tanam pokok, gaulkan tanah dengan tahi ayam reput sebanyak 25kg untuk 50 meter persegi.

3) Apakah jenis baja yg palig baik untuk pemulaan anak pokok cili padi Guna baja 15:15:15 untuk permulaan anak pokok cili padi.

4) Bagaimana cara penggunaan baja fertigasi A+B ?

Diberi pada pokok cili padi 4-5 kali sehari. Tapi bukan banyak sekaligus. Baja tu perlu dicampur dengan air dengan kadar yang betul (sikit saja). Dalam media fertigasi (sekam atau sabut atau kedua-duanya sekali) tiada baja atau nutrien. Sebab tu baja diberi setiap kali pengairan. Mudah ja, hanya campurkan baja dalam air ikut sukatan, kemudian pam akan salurkan baja ke pokok cili padi mengikut masa yang ditetapkan, 5-10 minit (titis saja) secara automatik menggunakan timer.Seperti juga manusia, pokok juga perlukan makanan yang cukup dengan kadar yang betul. Kalau tanaman secara konvensional, baja ditabur disekeliling pokok, tapi kadang-kadang terlebih baja, membazir, kadang-kadang tak cukup baja, kurus la pokok tu. Sebagai contoh, baja diberi pada pokok pada jam 9.00am selama 5 minit. Sesi seterusnya adalah pada jam 11am. 5 minit air baja yang dialirkan pada jam 9.00am tu cukup untuk pokok gunakan untuk buat makanan selama 2 jam. Kemudian pokok cili padi akan dapat air baja semula pada jam 11am, sesi seterusnya pada jam 1pm dan seterusnya.Kuantiti air baja yang diberi selama 5 minit secara titis tu hanya separuh mug saja. Pokok buat makanan melalui proses fotosintesis, baja digunakan dalam proses buat makanan (fotosintesis).

5) Pokok cili padi pada mulanya subur..tapi tiba-tiba menjadi layu dan akhirnya mati. pada daun,ranting dan batang terdapat sesuatu bewarna putih seperti debu-debu. apakah penyakit ini dan bagaimanakah untuk mengatasinya?apakah racun yang diperlukan?

Kalau bena putih, guna Pegasus atau Confidor.



GO TO: Belajar berniaga ebay Panduan Menternak Ikan TalapiaSayuran bendi Penanaman cili padi Ikan puyu dalam polytank Climbing perch Penanaman serai kampung Lemongrass

- Home -